Monday, January 26, 2009

VCD Siri Asas Tajwid - Rasm Uthmani

VCD Siri Asas Tajwid - Rasm Uthmani

Segala Puji Hanya PadaMu Allah,Tuhan bagi semesta alam,Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,Penguasa hari pembalasan.Sekurang-kurangnya 5 kali sehari kita mengucapkan kalimah cinta Allah ini dalam kehidupan seharian.Tapi adakah kita benar-benar pasti bahawa kita menghayatinya bacaannya dengan tartil? Kali ini saya ingin bersama-sama berkongsi ilmu berkenaan ilmu tajwid

Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah,manakala mengamalkan yakni membaca Al-Quran dengan bertajwid adalah fardhu ain bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf(berakal)Dari Usman Ibnu Affan ra, Rasulullah saw bersabda:

'Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mahu mengajarkannya'(Riwayat Bukhari)

Rasulullah saw bersabda:
Orang yang membaca Al-Quran lagi mahir, kelak akan mendapat bersama para Rasul yang mulia di dalam syurga,dan orang yang membaca tetapi tidak mahir, dalam keadaan terpegun-pegun dan nampak agak berat lidahnyaia akan mendapat dua pahala'(Riwayat Muslim)

Tingkatan Bacaan Al-Quran

1)Tahqiq - Bacaan yang lembut dan perlahan seperti memperbetulkan bacaan huruf dari makhrajnya,serta menempatkan kadar bacaan mad dan dengung.Bacaan ini khusus bagi orang-orang yang baru belajar membaca Al-Quran

2)Tartil - Mengeluarkan bacaan huruf2 Al-Quran dengan terang dan teratur,mengenal tempat2 wakaf secara betul sesuai dengan hukum2 tajwid dan bacaan tidak secara terburu-buru.Tingkatan bacaan ini adalah bagi mereka yang sudah mengenal makhraj2 huruf,sifat2 huruf dan hukum tajwid

3)Tadwir - Bacaan pertengahan(sederhana cepat) antara tingkatan bacaan tartil dan Hadar,dengan memelihara segala hukum tajwid serta memahami maknanya

4)Hadar - Bacaan yang cepat tetapi wajib memelihara hukum2 bacaan tajwid.Tingkatan bacaan ini adalah bagi mereka yang telah menghafaz Al-Quran

Pelajaran Asas Tajwid dan Pembacaan Al-Quran mengikut Rasm Uthmani ini terdiri daripada 20 keping VCD yang meliputi Hukum-Hukum Asas Tajwid, diantara kandungannya adalah :

01 Pengertian dan Kelebihan Rasm Uthmani serta
Pengenalan tanda Resm Uthmani

02. Pengenalan Kepada Kesilapan-kesilapan dalam
Pembacaan Al-Quran serta Bacaan Surah
Al-fathah yang betull.
03. Hukum Nun Mati dan Tanwin bertemu Huruf
hijaiyah
04. Hukum Izhar
05. Hukum Idgham
06. Hukum Iqlab
07. Hukum Ikhfa'
08. Hukum Idgham Maal ghunnah, Idgham Nakhis ,
idgram kamil dan Idgham Mutamasilain
09. Hukum Izhar Mutlak dan Izhar Syafawi
10. Hukum Ikhfa' Syafawi
11. Hukum Mim Mati bertemu Huruf Hijaiyah
12. Hukum Wajubul Ghunnah
13 Penjelasan Mengenai Makhraj dan Huruf serta
jenis-jenisnya dengan terperinci beserta
contoh-contoh
14. Hukum Mad dan Jenis-jenisnya dengan terperinci
beserta contoh-contohnya
15. Hukum Hazaf dan Izhbat
16. Selain Hukum-hukum yang dijelaskan dengan
detail supaya mudah difahami, juga ditunjukkan
latihan serta cara-cara sebutan yang betul
17. Surah Yaasin - Bacaan, Terjemahan dan Tajwid.

Dengan mengikuti asas-asas Tajwid yang diajar melalui 20 keping VCD ini,
anda akan dapat membaca Al-Quran dengan betul dan tartil.

Pelajaran Asas Tajwid ini terdiri dari 20 keping VCD yang dijual dengan harga
RM 200.00 ( Kos Penghantaran Percuma)

Proses Penghantaran mengambil masa 3 hari selepas bayaran diterima.

Tempahan boleh dibuat melalui Emel nizur@yahoo.com / nizur123@gmail.com

Nombor Kod Penghantaran akan disms kepada pembeli sebaik sahaja penghantaran dibuat - Kos penghantaran adalah PERCUMA

Pembeli boleh mengembalikan semula VCD yang dibeli sekiranya VCD tersebut
tidak boleh digunakan dan penjual akan menggantikannya dengan yang baru. VCD yang dijual adalah terjamin mutunya.